Sunday, 20 October 2013

Alternative Homeopathy Product - Wellherb Tea & Honey Extreme


Rasullah SAW turut bersabda :
"Berubatlah kamu, kerana ALLAH tidak menaruh sesuatu penyakit                      melainkan menyediakan ubatnya kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua"


Salam Sejahtera dan Selamat pagiii.....

Awali pagimu dengan secangkir rindu, seteguk kebahagiaan, sepiring cinta dan sesuap kasih sayang.... Iringi langkahmu dengan sedikit senyuman dan penuhi hari-harimu dengan kebaikan.

Syukur Alhamdulillah kerana sudi mengunjungi blog kami, kepakaran dalam menyelesaikan masalah kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, stress, obesiti dan menambah nilai kesihatan ke tahap luar biasa.


Kesihatan adalah anugerah ALLAH SWT. Kekalkan Kesihatan ANDA dengan Produk Jenama FUYOOO iaitu berasaskan Perubatan Homeopathy yang telah disertai dengan doa-doa penyembuhan yang terpilih oleh DR(H) Tajuddin Bin Baba dan nikmati Gaya Hidup Sihat.





Perubatan HOMEOPATHY

Dr (H) Tajuddin Bin Baba
The Licentiate Royal Society Of Public Health, London


Kenalilah Perubatan Homeopathy - Wellherb Tea (@ RM49.00) & Honey Extreme (@ RM49.00)


Perubatan Homeopathy adalah salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama       selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa.     Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa.


 Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan ekstrak daripada tumbuhan semulajadi berasaskan Bio Teknologi yang telah teruji lebih 250 tahun yang lalu.. 


Perubatan Homeopathy diakui diseluruh dunia sungguh berkesan dalam proses pembongkaran penyakit seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan secara semulajadi tanpa sampingan kepada pesakitnya.


Perubatan Homeopathy adalah berlainan benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuannya adalah     untuk memberikan kesembuhan yang sebenar-benarnya. Mengikis dan menghilangkan penyakit itu          dengan sempurna. Homeopathy ialah diasaskan di atas undang-undang tabi’i atau natural law yang telah ditetapkan oleh Tuhan yang tidak akan bertukar dan berubah-ubah.



Tentang Homeopathy

  • memberi peluang untuk hidup, manakala yang lain mengatakan kematian
  • memberi harapan, manakala yang lain mengatakan tidak ada peluang
  • memberi cahaya, sementara yang lain melihat kegelapan
  • memberi penawar, manakala yang lain mengatakan tiada penawar
  • memberi ubat-ubatan, manakala yang lain memberi ubat
  • memberi pesakit kami peluang untuk mencuba, manakala yang lain mengatakan tidak
  • menyelesaikan masalah, manakala yang lain cuba untuk mencari
  • memberi terapi untuk tidur, manakala yang lain memberi ubat tidur
  • memberi layanan rasional, manakala yang lain dengan konvensional
  • memberi ubat semula jadi daripada tumbuh-tunbuhan & herba, manakala yang lain memberi pisau
  • tiada dadah,tiada antibiotik,tiada steroid

    Perubatan HOMEOPATHY adalah mesra alam dan sentiasa berusaha untuk Penjagaan Kesihatan yang TERBAIK untuk semua orang.




Kenapa Anda Harus Memilih Perubatan HOMEOPATHY


  • Rawatan Alternatif - Ubat yang disediakan bebas dari dadah atau kesan sampingan. Ubat-ubatan homeopathy terdiri dari 100% ubat organik. Selamat dan bersih.
  • Harga yang berpatutan berbanding dengan kos rawatan lain yang agak tinggi
  • Sesuai untuk semua golongan dari peringkat bayi hingga orang tua
  • Keputusan analisis boleh didapati dengan segera,cepat dan pantas
  • Rawatan merangkumi mental,emosi dan spiritual (jiwa) yang terganggu untuk dirawat segera
  • Rawatan yang terbukti berkesan asalkan pesakit benar-benar yakin dan tenang sepanjang proses rawatan
  • Rawatan secara semulajadi aman dan mesra alam, tidak menyakitkan, tidak ada pembedahan
  • Ubat-ubatan 100% diuji dimakmal (Clinical Evidence Based) yang mempunyai GMP




Bukti - bukti Penyembuhan dan Testimoni Pelanggan


1.Testimoni Wellherb Tea - Zamri Bin Abdullah (48 Tahun)Seremban, NSDK.


Pada malam tu saya rungsing takut esok kena tahan wad sebab kandungan glukos dalam darah sangat tinggi. Seminggu lalu bacaaan gula saya ialah 21mmol. Kaki terasa kebas dan kepala rasa pening. Badan pun sakit-sakit. Seorang sahabat lama dari Pontian, Johor mengesyorkan saya sejenis teh. 


Malam itu juga dia terus datang dari Johor ke Seremban. Kami jumpa di Terminal One dan sambil berbual, dia membuat bacaan kandungan gula. Masih lagi 24.2 (tidak berpuasa). Kemudian dia menyediakan satu bancuhan teh untuk saya minum. Rasanya pahit-pahit manis ketika panas.
Selang beberapa ketika (kira-kira 7 minit), dia membuat sekali lagi bacaan gula dan kali ini dicatatkan 22.1. Alhamdulillah, sakit kepala tiba-tiba hilang. Untuk temujanji dengan doktor di Hospital Tuanku Jaafar esok, dia menyarankan saya merendam 3 sachet dalam termos panas.

Pukul 11 pagi temujanji dengan doktor amat mengejutkan. Bacaan yang dicatatkan menurun kepada 14.4mmol sahaja. Bermakna target kearah gula normal tidak jauh lagi. Saya amat bersyukur kerana sahabat tadi sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membantu pada malam itu.



2.Testimoni Wellherb Tea - Mohd. Azrin Bin Farouk (36 tahun) Benut, Pontian, Johor.


Saya dapat pek teh percuma di dalam balang yang disediakan di Masjid Jamek Benut. Memang saya ada kencing manis (anggaran 18.5). Tapi bila dia tulis di pek teh tu mampu menurunkan gula dalam 6 minit, saya jadi hilang minat (tapi saya ambil juga). Tak mungkin kesannya begitu cepat kan? Seminggu kemudian saya terasa seperti hendak demam. Kepala sakit. Masa nak ke kedai beli panadol, saya ternampak teh  yang saya ambil (3pek) diatas meja tempat kunci. Entah macamana hati saya tergerak untuk cuba minum teh tu.

Lepas rendam dalam air panas, saya terus minum sikit-sikit. Tak lama kemudian, saya rasa mengantuk dan keletihan lalu tertidur. Bila terjaga (sekitar 30 minit), saya rasa badan sudah mula ringan. Sakit kepala pun dah tak ada. Dua hari berikutnya saya teruskan minum baki teh yang ada. Alhamdullilah, bila saya cek semula bacaan gula dah turun ke paras 11.2. Pengajarannya: Benda free tak rugi mencuba. Kalau tak berkesan takkan syarikat tu sanggup edar sample free kan?



3.Testimoni Wellherb Tea - Fauziah (47 Tahun) Ayer Hitam, Johor.

Lan dan Imam memang pelanggan warung saya di depan petronas Ayer Hitam menghala ke Batu Pahat. Dah lama dia berniaga produk Mindatif. Tapi pagi tu dia rancak bual pasal produk baru Dr. Tajuddin. Teh Fuyooo katanya. Saya pun jeritlah fuyooo… Semua pelanggan saya yang lain pun jelling senyum. Saya memang ada trend gula tinggi dalam darah. Pagi tu lan baca 13.2mmol. Saya kata biasa lah dah berusia nih. Dia mintak satu mug air panas dan direndam satu sachet. Saya pun minum. Sedap juga macam teh herba.


 Kemudian masa saya tengah layan pelanggan (dalam 5 minit) lan panggil saya untuk cek bacaan kali kedua. Kali ni bacaan dah 11.5. Eh betul ke ni? Tanya saya. Lan kata tak percaya pun tak apa sebab mesin cek darah yang buktikan, bukan dia pun. Pemeriksaan rutin di klinik kesihatan Ayer Hitam yang saya jalani juga menunjukkan penurunan yang sama. Sehinggalah pegawai pemeriksa mengambil sampel darah saya untuk tujuan pemeriksaan lanjut.



4.Testimoni Wellherb Tea - Shamsuddin Bin Selamat (44 tahun) Kota Tinggi, Johor.


Doktor kata kencing manis memang tak boleh pulih balik. Tiap bulan kena pergi ambil ubat dan inject insulin. Bila inject memang lega rasa badan. Tapi sampai bila? Kaki dulu rasa kebas, sekarang macam ada kena karan pulak. Sekejap-sekejap datang. Memang tak ada luka pun, tapi tengok sorang-sorang sahabat dan orang yang kita kenal kena potong kaki, rasa seram juga. Dalam mencari-cari ubat ni timbul la kisah fuyooo ni kat Keratong 4 (sedara yang bagitau).

Saya pun cari kat farmasi dan kedai ubat sekitar Kota Tinggi, tak jumpa. Sehinggalah akhirnya saya singgah sembahyang di Masjid Al-Falah Simpang Renggam, ada sample percuma wellherb tea. Saya bawa balik dan minum dirumah malam tu jugak. Apa yang saya rasa amat berbeza sekali. Kebas-kebas mulai hilang. Kaki sudah mula responsive. Alhamdulillah mungkin ini ‘jodoh’ saya agaknya.



5.Testimoni Wellherb Tea - Sani Bin Abdullah (26 tahun) Benut, Pontian, Johor.


Saya selalu membantu Along (Norahmad Sazali) menjual teh dan madu fuyooo sekitar Johor Bahru. Baki air teh yang tak habis selalu saya yang habiskan. Tapi saya rasa secara tak sedar rupanya berat badan saya menurun. Dalam seminggu boleh kurang sampai 2 kg. Sekarang saya jadikan amalan tukar teh biasa kepada teh wellherb fuyooo semasa sarapan pagi dan malam sebelum tidur.


6.Testimoni Wellherb - Faridah (58 tahun) Benut, Johor.


Anak tunggal makcik 36 tahun meninggal dunia kerana diabetis. Kaki kirinya dipotong sehingga paras tulang pinggul dan meninggal 3 hari kemudian. Cucu tunggal makcik sekarang dah yatim. Makcik pasrah sebab kaki kiri makcik pun sudah dikorek (sebelah atas tapak kaki) untuk membuang bahagian yang terkena jangkitan. Baru-baru ni sahabat arwah anak makcik ada memberi cuba sepaket teh herba. Bila Makcik minum pertama kali rasa macam mengantuk tiba-tiba.

Dia kata kandungan teh tu sedang bertindak balas memotong gula. Kemudian dia pun  tinggalkan dalam 5 peket untuk 5 hari katanya. Seminggu kemudian Makcik rasa bahagian atas kaki yang dipotong dah mula kering. Makcik rasa ringan dan kini Alhamdulillah rasa lebih sihat. Agak terlambat makcik tau pasal teh ni tapi makcik tetap bersyukur. Semua yang berlaku ada hikmahnya.



7.Testimoni Wellherb -Razif Bin Rahmat (38 Tahun) Batu Pahat.


Saya bekerja di institusi perbankan sejak 12 tahun lalu dan sentiasa berhadapan dengan karenah pelanggan, kakitangan dan pengurusan pusat. Tekanan beban kerja dan target selalunya dibawa sehingga kerumah.

Alhamdulillah, minum teh yang ni rasa longgar sedikit urat di bahagian belakang tengkuk sehingga ke kepala. Saya amalkan sampai sekarang.



8.Testimoni Wellherb -En. Tahir Bin Budiman (37 Tahun) Batu Pahat


Banyak produk di pasaran sekarang ni. Tapi mungkin sebab darah tak serasi, semuanya tak memberi perubahan pada saya. Wellherb tea ni cuma teh sahaja, tapi sedikit sebanyak memberi perubahan positif kepada masalah kerap kencing malam dan kerap dahaga. Saya sedar ia mungkin symptom diabetis tapi belum ada kesempatan melakukan ujian gula.

Petang tu En. Sani melakukan ujian darah dan ternyata tinggi (17.4mmol). Dalam 5 minit setelah ujian pertama dan meminum teh, semakkan semula mendapati paras gula 13.2. Saya membeli dan mengguna sehingga sekarang dan semua symptom sudah beransur hilang. En. Sani mengingatkan saya, yang menyembuhkan ialah Allah SWT. InsyaAllah.


9.Testimoni Wellherb - Fairus Bin Ramdan (42 Tahun) Johor Bahru.


Semua orang tahu diabetis bahaya kepada tahap kesihatan manusia. Ia boleh menyebabkan kehilangan anggota badan, malah nyawa. Saya sendiri salah seorang dari penderita diabetis. Tapi doktor hanya menyarankan suntikan insulin dan ubatan bertujuan mengawal.


 Walaupun insulin diambil, satu tahap kecederaan telah terjadi di kawasan ibu jari kaki saya bulan April yang lalu (mungkin akibat geseran kulit kasut).
Pertemuan dengan sample percuma wellherb tea Alhamdulillah membolehkan luka tersebut kering dalam masa 2 minggu. Darah tinggi saya juga semakin terkawal. 



Dapatkan Wellherb Tea & Honey Extreme di out let berikut :-

Kedai Majmal  (012-7998306) - Giant Tampoi, Giant Muar & Giant Plentong

Kedai Pesona Idaman - Kipmart Masai, Tesco Seri Alam (017-7863309), Smart Pandan (018-7867460) & Kompleks Pasir Gudang, Johor (019-7328435) 

One Herb Station - Pasar Borong Pandan, Johor,

Ustazah Hajjah Zainy - No.10 , Jalan Ibrahim, Mersing Kecil, Mersing, Johor        (013-7504369)

Kedai Jamu & Kosmetic Kahar - Econ Save, Tmn Scientex (016-7597825)

Roslan Cafe - Jln Lada Hitam, Tmn Sri Tengah, Kluang, Johor (07-7764621)

Feroz Body Care - L1-25, Plaza Angsana, Johor Bahru (017-7542700)

Toko Asshifa - BZ 14 Aras Satu, Terminal Awam Larkin, Johor Bahru (012-7666157)

One T'Shirt Station - 30, Jln Tembikai 3, Tmn Kota Masai, Johor (019-7172627)

Agen & Pengedar diperlukan seluruh Malaysia.
Hubungi : Pn. Rokiyah - 016 7446393

Kunjungi juga blog kami :-
http://wellherbteahoneyextreme.blogspot.com/
(open link in a new tab)


"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"